Permohonan permit Gunung Benom

Gunung Benom di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba%5B%5D. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Raub sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[4]

Rujukan

WikiPedia: Gunung Benom http://www.angelfire.com/trek/mofam/contributors/g... http://luaz.blogspot.com/2008/09/gunung-benom-from... http://marina.fortunecity.com/harbourside/83/gunun... http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread... http://encarta.msn.com/map_701591385/gunung_benom.... http://dklpacat.multiply.com/photos/album/30 http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=10958 http://www.webshots.com/search?query=Gunung+Benom http://phototreksemenanjung.wordpress.com/2008/05/... http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoBenom.htm